Pahang Hari Ini ~ Suara Anak-Anak Pahang: Prihatin dan Telus

Pahang Hari Ini ~ Suara Anak-Anak Pahang: Prihatin dan Telus

4

DAP mahu kerajaan persekutuan menamakan Terminal Penerbangan Tambang Murah yang baru dinamakan sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Tunku Abdul Rahman (TARIA).


Naib pengerusi DAP, M Kulasegaran berkata tindakan itu sebagai menghargai sumbangan perdana menteri pertama. Demikian sebahagian dari posting blog BERANI MEMBUAT PILIHAN (klik sini) 


Secara rasionalnya nama KLIA sangat sesuai kerana mengambarkan destinasi Malaysia dengan ibukotanya Kuala Lumpur. Jika dinamakan Tengku Abdul Rahman pasti pada warga asing ia tidak menggambarkan Malaysia ataupun Kuala Lumpur kecuali mereka yang tahu sejarah Malaysia.


Komen blogger DES begini;
DES : Sejak bila pulak celaka-celaka DAP ni bersikap patriotik...? Hmmm...dari segi nama yang cuba dicadangkan agak sinonim pulak dengan pecadangnya...TARIA?..Hmmm...padanlah...

 Saya berpendapat mungkin juga Kulasegaran bermaksud untuk menamakan pilihan keduanya sebagai PARIA yang memberi makna Pakatan Rakyat International Airport? Itu mungkin lebih sesuai dengan pencadangnya. Kahkahkah!

3

SPU mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Fitri kepada semua pembaca khususnya warga Jerantut, kepada blogger-blogger Jerantut - maaf zahir batin.


Untuk makluman, bro bRAVEhEART telah bersetuju cadangan SPU untuk mengadakan pertemuan blogger Jerantut pada hari raya ke-3 nanti, tempat dan masa akan dimaklumkan dengan telefon atau YM. Kepada yang belum mendapat jemputan harap dapat hubungi SPU melalui email atau YM dengan meninggalkan nombor telefon masing-masing (jangan melalui ruangan komen)


Harap maklum, semoga hari raya ini akan kita hadapi dengan penuh kegembiraan dan ceria ~ SPU



Note:
Pengesahan bagaimanapun boleh juga dibuat melalui catatan diruangan komen pada posting.

2

1. Sejak 9 September SPU tidak update blog, bahkan tidak juga melawat mana-mana blog kerana berikan tumpuan pada merayakan Aidil Fitri bersama keluarga dan saudara mara.



2. Sebentar tadi, melawat blog tersohor di Jerantut; patpatsikulipat dengan posting lama sejak 2 minggu lalu ..Mulut Tempayan .... (klik sini)  namun bilangan pemberi komennya nyata bertambah dari 60+ ke 102.


Mungkin ada pihak berpendapat posting berkenaan hanya ingin memburukkan pihak tertentu saja namun jika diselidiki ternyata ada yang masih banyak tersembunyi yang membangkitkan rasa tidak puashati masyarakat terhadap individu tertentu, dalam kes ini 'wok hitam'.



3. Ketidakpuashatian dan kemarahan ini sememangnya barasas;

3.1. Penyewa tidak membayar pajakan selama 4 tahun

3.2. Pengusirannya tidak mampu dilakukan oleh pihak Majlis Daerah Jerantut kerana adanya campurtangan MB Pahang.

3.3. Pembiayai sebenar bagi kos baikpulih yang berjumlah ratusan ribu ringgit adalah Syarikat Masmira dan bukannya pemajak sendiri dan kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

3.4. Pihak MB Pahang mungkin telah diberi maklumat salah mengenainya atau sememangnya MB Pahang seorang Menteri Besar yang bodoh kerana tidak melakukan siasatan.

3.5. Mungkin juga MB Pahang bersikap menjaga kroninya dalam UMNO biarpun 'wok hitam' bukanlah orang yang benar-benar berpengaruh dalam politik Jerantut, dan berkroni adalah perkara yang membencikan rakyat terhadap kerajaan.

3.6. 'Wok Hitam' semasa di Hulu Selangor dulu pernah mengaku dirinya Ketua Wanita UMNO Jerantut, sekiranya sanggup menipu untuk perkara demikian mengapa kita tidak percaya dia sanggup menipu untuk perkara yang lebih mendatangkan faedah untuknya?

3.7. Meskipun demikian keperibadiannya namun dia tetap dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Jerantut, ini membuatkan kreadibiliti Ahli Majlis tidak dihormati.

3.8.Rakyat Jerantut meminta MB Pahang memberi kenyataan mengenai status pemberian kuasa mutlak kepada pemajak resthouse Jerantut ini untuk 
pengetahuan rakyat, jika masih sayangkan kerusi parlimen Jerantut.

3.9. Wok Hitam patut tidak lagi memagang jawatan sebagai pegawai Seranta atas sifat peribadinya yang dipertikaikan masyarakat, perlu juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian dan meninggalkan Rest House Jerantut supaya supaya kontroversinya tidak terus di perkatakan rakyat bagi menjaga nama baik UMNO dan Kerajaan.


4. Terima kasih kepada 31 rakan blogger Jerantut yang hadir pada pertemuan tak formal semalam. Tiada agenda khusus melainkan ketetapan untuk bersama-sama menentukan arahtuju serta menjalin kerjasama sebagai satu pasukan. Selain itu, kesemua hadiri setuju untuk bertemu kali kedua dalam waktu terdekat bagi memantapkan lagi kerjasama. Semua bersetuju bahawa tidak ada foto dan kenyataan yang akan dikeluarkan selain oleh SPU selaku penganjur pertemuan.

1

Saya merujuk kepada posting dari blog Cawan Tembaga dan WZWH;

1.     Beberapa blog Jerantut mengulas tentang pertemuan ‘geng 18’ di ….KL. Pertemuan itu menghimpunkan orang-orang kuat politik dalam DUN Pulau Tawar. Selain dari Dato Dr. Shukri, Dato’ Wan Abu Bakar juga turut hadir walaupun lewat. Dalam pertemuan itu dimaklumkan bahawa Ketua Bahagian akan mencadangkan Dato’ Shukri sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti.

2.     Baru-baru ini diadakan pula pertemuan ‘geng 40’ di …KL. Pertemuan ini pula menghimpunkan orang-orang kuat politik dalam DUN Tahan, turut dihadiri oleh Dato’ Wan Amizan. Tidak ada apa-apa kenyataan mengenai calon Ahli Parlimen dalam pertemuan ini.

3.     Wan Zamzuri menuduh Dato’ Wan Abu Bakar terlibat dalam konspirasi merancang menyekat pencalonan Dato Wan Amizan. Tuduhan itu tidak berasas kerana beliau tidak tahu menahu tentang agenda tersebut bahkan kehadirian beliau adalah disaat akhir kerana lewat dimaklumkan oleh En Dollah Al- Kicapi, beliau turut dimangsakan dalam konspirasi ini

4.     Kenapa dan atas kapasiti apa Dato' Wan Abu Bakar dijemput dalam pertemuan ‘geng 18’ pun satu misteri kerana beliau lebih wajar dijemput dalam pertemuan ‘geng 40’ atas kapasiti sebagai ketua cawangan didalam DUN Tahan. Namun dalam pertemuan 'geng 40' ini beliau tidak dijemput.

5.     Siapa yang bertanggungjawab menjemput para peserta pertemuan-pertemuan itu? Kenapa Dato’ Wan Abu Bakar yang sepatutnya hadir dalam pertemuan ‘geng 40’ tetapi tidak dijemput dalam pertemuan berkenaan bahkan beliau dijemput pula bagi pertemuan ‘geng 18’. Siapa pencentus konspirasi ini? Apakah tujuannya?

6.     Saya beranggapan bahawa Kepala ‘geng 18’ dan ‘geng 40’ memang dibiarkan bertarung sesama mereka. Dato’ Wan Abu Bakar juga memang dirancang untuk kelihatan terlibat dalam konspirasi berkenaan yang akan menyebabkan ‘geng 40’ akan membencinya.

7.     Ketiga-tiga tokoh berkenaan adalah mereka yang akan dibunuh karier dan karektornya dalam politik Jerantut.

8.     Teori pertama: akan ada seorang tokoh lain yang benar-benar akan diangkat sebagai calon proksi kepada pencatur kepada konspirasi ini (godfather). Siapakah calon nya? Mestilah dia seorang yang sangat dipercayai dan sangat rapat dengan godfather. Seorang yang telah banyak berjasa kepada beliau yang meng'uftikan'nya selama ini.

9.     Teori kedua: godfather sengaja membuat kedua calon yang berminat itu didalam keadaan dibawah tekanan yang akan mengharapkan ihsan dan pertolongan dari godfather. Mungkin itu yang dinanti-nantikan oleh godfather dan sokongannya bergantung kepada berapa besar jumlah‘ufti’ itu. Siapa yang dapat menawarkan ‘ufti’ yang lebih besar maka dialah yang sokongannya akan diberikan.

10. Politik Jerantut semakin menarik. Bagaimana pula perancangan dan permainan godfather yang seorang lagi itu, yang senior dalam politik Jerantut akan Al-Fulusi? Dengar khabarnya beliau lebih setuju jika Ku Lan bertanding lagi kerana calonnya masih belum bersedia, belum matang. Tu Jala lah tu, bolehlah mulakan meracun akarnya perlahan-lahan.

11. Jangan lupa bahawa masih ada satu lagi godfather yang kehadirannya tidak dijangka bahkan kekuatannya pun masih belum mampu sesiapapun mengukurnya. PRU13 akan menentukannya siapakah godfather yang akan lebih berkuasa diantara mereka itu.

12. WZWH juga beranan penting, sebagai pencacai yang menguar-uarkan berita dan melaga-lagakan kedua-dua tokoh berkenaan serta memburukan nama Dato' Wan Abu Bakar sama ada disedari atau tanpa disedarinya. Rupanya keturunan bendahara ini wataknya hanyalah sebagai Raja Mendeliar.